Susu kambing adalah minuman yang tidak kalah khasiatnya dibandingkan dengan susu lembu. Bahkan keluhan-keluhan mengenai kesihatan tubuh badan yang sering didengar akibat minum susu lembu tidak pernah ditemui beritanya pada orang-orang yang mengkonsumsi susu kambing.
Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna-pengguna yang mempunyai alahan atau alergi terhadap penggunaan susu lembu. Boleh jadi itulah hikmahnya mengapa dalam riwayat-riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya kita temui kisah mereka minum susu kambing, dan bukan susu lembu! Namun, manfaat susu kambing sayangnya oleh kebanyakan Muslim termasuk bangsa Melayu Nusantara yang merupakan penduduk Islam terbanyak di dunia sebelah Timur tahap kesedaran masih rendah.
Sebagaimana di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, di Malaysia pun susu lembu dalam berbagai produk lebih mudah dijumpai di pasaran dibandingkan dengan susu kambing. Bagaimana ini boleh terjadi? Apakah peranan kita sebagai umat Muhammad s.a.w bagi menebarkan maklumat serta mempromosikannya? Berhijrahlah kita sebagai ummat pilihan ke arah penggunaan minuman kesihatan berdasarkan susu kambing. TENTUNYA SUSU KAMBING SHAMI YANG ASLI DAN SEGAR!!! Penulis mengajak seluruh umat Islam agar khususnya di Nusantara agar kembali kepada sunnah para Nabi dan Rasul yang mengamalkan produk susu berasaskan susu biologi kambing.
Nabi Adam a.s bersama anak-anaknya Habil dan Qabil bagi keperluan hidup telah menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia. Begitu juga kepada Rasul-Rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim a.s yang merupakan penternak agong, di mana diriwayatkan bahawa ternakan kambingnya mencecah ribuan ekor. Nabi Isa a.s yang berketurunan Bani Israel juga menternak dan mengamalkan meminum susu kambing dan Bani Israel yang umum mengetahui adalah satu bangsa yang cerdik masih mengamalkan meminum susu kambing sehingga ke hari ini. Menurut riwayat Rasulullah s.a.w juga meminum susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing, kisah yang diambil dari Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja. Di dalam peristiwa agong, Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibril a.s iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda s.a.w memilih untuk meminum susu kambing, ini menunjukkan ia adalah minuman terbaik di dunia selepas susu ibu.
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik, di mana khasitnya memang tidak dapat dinafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman serta pemulihan dari susu kambing yang luar biasa itu. Tokoh-tokoh seperti Ratu Mesir Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan harinya dengan segelas susu kambing segar dan diikuti dengan segelas sebelum tidur. Begitu juga puteri-puteri Maharaja China 2500 tahun yang lampau mengamalkan minuman kesihatan susu kambing dan mereka berendam di dalamnya. Masyarakat India serta penganut Hindu juga mengamal minuman kesihatan susu kambing bagi tujuan meningkatkan daya ingatan, ketahanan tubuh badan dan amalan perubatan.
Sekarang ini telah banyak produk berasaskan susu kambing dan ladang ternakan susu kambing di seluruh Malaysia, hanya produk ini belum begitu meluas di pasaran. Namun jangan berputus asa, peranan internet banyak membantu di dalam pencarian saudara-saudari.
dipetik dari tulisan Dr Indah Kristani dalam blog alhikmah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan