KAMBING SHAMI CYPRUS@DAMASCUS

KAMBING SHAMI CYPRUS@DAMASCUS

Isnin, November 15, 2010

PEMELIHARAAN DAN PENTERNAKAN KAMBING


Bertemu kembali kita dengan tajuk di atas. Tajuk ini sesuai kepada mereka yang berminat atau berkeinginan untuk terjun ke dalam industri pemeliharaan kambing, samada ada tenusu dan daging. Apa yang saya sedia maklum bahawa pemeliharaan kambing yang dilakukan oleh pengiat industri tersebut adalah berkisarkan kepada daging kambing dan tidak kepada susu kambing. Wal hal, industri tenusu berasaskan kepada kambing adalah lebih menguntungkan berdasarkan kepada kejayaan yang telah dicapai oleh syarikat Bumiputera Islam yang terdapat di Rembau, iaitu Belzi Izyan Sdn. Bhd dan Arseda Coporation Sdn. Bhd.


Kambing mudah dipelihara dan diternak kerana haiwan tersebut begitu mudah untuk menyesuaikan biologinya dengan persekitaran alam sekeliling. Cuba kita perhatikan kambing spesis Boer adalah berasal dari benua Afika dan spesis Shami pula berasal dari jazirah Arab. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya. Sebagai maklumat ekonomi, sebanyak 10.6% sahaja produk berasaskan daging kambing berada di pasaran Malaysia dan produk berasaskan susu kambing pula jauh lebih rendah daripada produk berasaskan susu lembu atau sapi.

Penternakan kambing adalah suatu perniagaan dan merupakan satu bidang yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Setiap komponen yang terdapat pada kambing mempunyai nilai pasaran yang hebat dan tersendiri. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya, kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan adalah seperti berikut:

i.   susu kambing
ii.  jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan dan sebagai haiwan
     peliharaan
iii. kulit dan bulu untuk industri kraftangan serta tekstil
iv. tanduk untuk industri kraftangan
v.  ususnya diproses untuk dibuat benang jahitan pembedahan
vi. tinja atau najis diproses sebagai baja organik

Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan keluasan kawasan yang besar yang memiliki padang ragut. Keluasan minimal yang ideal untuk pemeliharaan atau ternakan kambing adalah 3 ekar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan kandang dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan pengeluaran makanan ternakan, samada sebagai foder (sistem potong dan angkut) atau ragut berpusingan (sistem bebas lepas).

Namun telah dibuktikan oleh usahawan Bumiputera Islam iaitu syarikat Belzi Izyan Sdn. Bhd. bahawa penggunaan pemakanan bersumberkan daun-daun serta pucuk-pucuk hutan dan dicampur dengan ramuan berasaskan soya serta jagung, telah memberikan satu produk yang begitu hebat dan ajaib. Khususnya bagi mereka yang inginkan memelihara baka dan tenusu kambing.

Prospek penternakan kambing di Malaysia adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan yang lain. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar pada tahun 2007 sahaja hanya 8.75% pengeluaran ternakan berasaskan kambing berbanding ayam (121.39%), telur (113.79%) dan lembu (24.88%). Malaysia banyak dan masih bergantung kepada pasaran import kambing dan daging kambing dari negara-negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand.

Peningkatan import di antara 3% hingga 5% setiap tahun dengan tahap sara diri hanya mencapai 9% pada tahun 2008 dengan sasaran untuk mencapai 35% pada tahun 2015. Pemeliharaan dan penternakan bagi industri berasaskan kambing adalah suatu industri yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi.

Memahami Perkara Asas Ternakan Kambing

Penternakan kambing adalah satu bidang usahawan yang mencabar dan menuntut keupayaan serta komitmen penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran yang sesuai, tetapi juga perlu sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan biologi kambing tersebut (aset hidup yang bernilai tinggi).

Secara saintifiknya, kambing dikenali sebagai Capra hicus, adalah haiwan yang berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan persekitarannya. Namun begitu makhluk ini lebih mudah mengadaptasikan kawasan yang bercuaca panas berbanding sejuk atau dingin. Berbeza dengan lembu, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk-pucuk serta daun-daun muda berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bakau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen-agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.

Kambing mempunyai sifat-sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan berkelompok lain, iaitu kecederungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah kepada pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi intensif atau ekstensif.

Produk Kambing

i.  Kambing Susu
    Alpine, Saanen dan Taggenburg

ii. Kambing Pedaging
    Boer, Katjang/Kacang/Kambing kampong, Black Bengal, Savanna, 
    Kalahari Red dan Jermasia

iii. Kambing dwi Fungsi (susu dan daging)
    Shami Cyprus@Damascus (pasaran sekarang), Jamnapari dan Anglo-Nubian

Penternakan kambing boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan kepada kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu,

a. penternakan intensif
b. penternakan semi intensif
c. penternakan ekstensif

Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

a. Sistem Penternakan Intensif

Sistem penternakan jenis ini menekankan penternakan kambing di dalam kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang dikurung diberi makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak langsung, ia menambah beban kerja kepada penggunaan tenaga buruh yang agak ramai. Namun begitu, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping itu, ternakan lebih mudah dijaga, diawasi dan dipantau.

Sistem ini lebih popular kepada penternak-penternak kerana beberapa sebab; antaranya faktor kecurian yang sering berlaku, pengaturan sistem baka yang lebih bersistematik dan tepat serta mudah untuk menjaga diet kesihatan kambing-kambing ternakan, apabila setiap ternakan perlu diberi suntikan seperti vitamin, antibiotik dan sebagainya.

b. Sistem Penternakan Semi Intensif

Di dalam sistem ini, ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa-masa yang ditentukan di kawasan yang telah disediakan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan.

c. Sistem Penternakan Ekstensif

Adalah suatu sistem penternakan yang paling kurang dipraktikan atau kurang diminati oleh ladang-ladang komersial, tetapi diminati oleh penternak-penternak kecil kampong sebagai suatu bentuk hobi. Sifat kambing yang suka meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang sering dihadapi adalah kehilangan atau kecurian, mudah dihingapi penyakit parasit (kecacingan), keracunan makanan (apabila terdapat jiran yang menjembur racun) dan kekurangan nutrien.

Amalan perladangan campuran atau rengkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber-sumber bahan makanan yang tumbuh melata di dantara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan dua-hala ini memberi kelebihan dan keuntungan yang berlipat ganda. Ini akan mengurangkan kos bagi mendapatkan makanan ternakan dan pada masa yang sama rumput rumpai dapat dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan bahan organik sisa buang ternakan.

Projek Penternakan Kambing

a. Perancangan projek
b. pembangunan perumahan atau kadang
c. sumber makanan dan ramuan makanan ternakan
d. pengurusan ternakan
e. pemasaran

Perancangan Projek

Parameter-parameter am berikut adalah penting untuk digunakan di dalam merancang dan memantau perkembangan projek penternakan kambing.

1. Keperluan keluasan seekor kambing (jantan & betina = 12-15 kaki)
2. Berat sewaktu dilahirkan (jantan = 1.5-1.8 kg; betina = 1.2 - 1.8 kg)
3. Umur kematangan (jantan = 9 bulan; betina = 6 bulan)
4. Berat matang (jantan = 28-32 kg; betina = 18-23 kg)
5. Kenaikan berat badan (ADG) (jantan 7 betina = 100 g - 250 g sehari)
6. Nisbah jantan kepada betina (jantan = 1 ekor; betina = 25 ekor)
7. Usia cerai susu (jantan & betina = 2-3 bulan)
8. Berat cerai susu (jantan & betina = 12-15 kg)
9. Usia pembiakan pertama ( jantan & betina = 18-20 bulan)
10. Kitaran estrus (betina = 21 hari)
11. Tempoh bunting (betina = 147-150 hari)

Perumahan dan kandang kambing

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh haiwan tersebut. Di samping itu juga, rekaan binaan berkenaan sebaik-baiknya dapat membantu mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan.

Susunatur rumah atau kandang

Ia perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah binaan (rumah atau kandang). Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan kandang kambing senantiasa kering.

Jarak minima perumahan atau kandang kambing di antara satu dan yang lain perlu sekurang-kurangnya berjarak 30 kaki atau sama dengan lebar rumah atau kandang kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan atau kandang yang baik dan merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu kandang ke kandang yang lain.

Atap

Pada ketika ini, terdapat pelbagai jenis atap yang terdapat di pasaran seperti zink, asbestos dan aluminium. Namun demikian, pemilihan bahan atau atap yang bersesuaian perlu mengambilkira kos dan keupayaan bahan tersebut untuk tidak menyimpan haba panas atau sejuk yang keterlaluan.

Kawasan kandang secara keseluruhannya, sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara atap bahagian tengah kandang dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di bahagian tepi kandang, jarak minima di antara atap dan lantai ialah 8 kaki. Adalah lebih baik sekiranya, di antara atap kandang yang biasa diletakkan atap yang bersifat tembus cahaya (translucent). Ini bertujuan memberikan pencahayaan semulajadi ke dalam kandang serta dapat membantu merendahkan kadar kelembapan di dalam kandang kambing.

Lantai Kandang

Bahan yang digunakan sebagai lantai kandang, samada bahan plastik atau kayu perlulah bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit dan cepat kering. Lantai tersebut perlu mempunyai ruang-ruang yang berjarak di antara 1cm - 1.5cm bagi membolehkan najis atau tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknya batang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1"x2"). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerja-kerja pembersihan dan penyemburan bahan-bahan anti bikteria dilakukan.

Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah (permukaan tanah) sebaik-baiknya di antara 5 - 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan ternakan kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar bernafas yang berpunca dari najis atau tinja yang terkumpul di bawah kandang.

Lantai Bumi

Ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan sekurang-kurangnya 2 darjah. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan najis di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari najis kambing yang dikutip dari lantai simen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi pasir atau tanah.

Tangga Kandang

Kebiasaanya tangga kandang diperbuat dari kayu, namun demikian alternatif yang baik ialah penggunaan tangga yang diperbuat dari konkrit kasar dan kesat. Ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa menggunakan tangga untuk naik dan turun ke kawasan kandang. Pergeseran di antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara pasifnya membantu mengurangkan masalah kuku panjang.

Kandang

Keluasan yang bersesuaian untuk seekor kambing betina ialah di antara 12 - 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor kambing jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan. Setiap kandang perlu disediakan palong makanan dan palong minuman.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan sebagai palong makanan. Di antaranya ialah penggunaan penakung air hujan palstik, tong plastik dan palong buatan kayu. Ketinggian palong makanan sebaik-baiknya tidak lebih tinggi dari paras dada kambing dan bersekat-sekat. Ini bertujuan mengelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan mengotorinya.

Palong minuman adalah lebihkurang sama dengan palong makanan, namun demikian kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari takungan atau palong air yang kurang bersih. Yang lebih efisyen dan kreatif adalah membuat paip air pada setiap ruang-ruang dan diletakkan punting-punting (automated water drinker), agar kambing-kambing tersebut menyonyot dan ini akan membuatkan pembaziran serta minuman tercemar dek najis kambing tersebut. Penggunaan paip minuman automatik ini bukan sahaja menjaga kebersihan minuman ternakan tetapi juga mampu mengurangkan kos pembaziran air.

Pemagaran Kawasan

Kawasan projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kehilangan atau pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen-agen yang berpotensi membawa penyakit seperti tikus yang akan menggigit punting ibu kambing betina yang boleh menyebabkan penyakit yang serious.

Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Alternatif kepada pagar jenis ini adalah penggunaan bahan chain link atau kawat duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif berbanding penggunaan pagar jenis CTHT tersebut.

Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (GI) angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya. Tiang berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5 kaki untuk tujuan pemagaran. Jarak antara tiang sebaik-baiknya adalah 8 kaki.

Makanan dan Minuman

Survival projek penternakan adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyediakan makanan ternakan yang emncukupi kandungan zat nutriennya serta murah dari sudut kos pengurusan. Ini adalah keranan lebih dari 70% kos pengurusan datangnya dari kos makanan ternakan. Kenaikan harga bahan bakar dunia memberi kesan kepada kos makanan ternakan di pasaran tempatan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pentenak-penternak membangunakan sendiri pengeluaran sumber-sumber makanan ternakan atau mengenalpasti sumber hasil sampingan pertanian atau sumber-sumber daun-daun hutan yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan.

Haiwan juga memerlukan makanan seimbang atau diet seimbang seperti manusia, yang mengandungi zat-zat nutrien protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian. Kekurangan zat-zat ini di dalam makanan ternakan akan membawa kepada masalah kesihatan ternakan kambing di dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung menjejaskan prestasi ternakan dan projek ternakan secara amnya.

Setiap zat-zat nutrien mempunyai fungsi-fungsinya tertentu. Zat protein diperlukan oleh tubuh kasar kambing untuk membina otot-otot yang kuat selain menjadi elemen penting di dalam proses pemulihan. Karbohidrat diperlukan sebagai bekalan tenaga, lemak berfungsi sebagai penebat haba, ia juga berfungsi sebagai elemen simpanan untuk digunakan apabila kekurang karbohidrat.

Vitamin merupakan zat nutrien yang penting, walaupun ia cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan beberapa fungsi sel dan organ kambing terjejas, yang mana boleh membawa kepada berlakunya penyakit kepada haiwan ternakan. Garam galian yang penting seperti kalsium dan fosforus diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Kekurangan garam seperti natrium membolehkan ketidakseimbangan tekanan bendalir di dalam tubuh kambing. Berbanding zat-zat lain yang boleh didapati pada sumber makanan ternakan seperti rumput dan dedaun hijau, pemberian garam jilat boleh membantu menampung kekurangan yang mungkin berlaku pada sumber makanan tersebut.

Air adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan, di mana 70% daripada badan ternakan memerlukan air. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya ternakan senantiasa diberikan sumber air minuman yang bersih sepanjang masa. Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu makanan utama (rumput atau dedaun hijau) dan makanan tambahan. Penternak digalakkan untuk memperuntukkan sebahagian kawasan ternakan untuk ditanam tanaman makanan ternakan terutamanya rumput Napier atau jagung. Ini adalah kerana 2 tanaman tersebut mempunyai pengeluaran yang tinggi dan sangat sesuai ditanam untuk kawasan yang kecil. Walaupun demikian, terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai tanaman ternakan. Di antaranya ialah;-

1. rumput Guinea
2. rumput Humidicola
3. setaria
4. centrosema (tanaman kekacang)
5. petai belalang (leucaena leucocephala)
6. daun nangka
7. glyridisia
8. pokok balik angin

Selain daripada itu, penternak boleh menggunakan bahan-bahan makanan seperti hampas kacang soya, mil kacang dan mil ikan sebagai sumber protein. Penggunaan hampas sagu rumbia dan dedak padi boleh juga diberikan sebagai sumber tenaga.

Pengurusan Ternakan

Secara amnya, kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran kepada pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Berikut adalah peringkat-peringkat pengurusan ternakan:-

1. Peringkat kelahiran

Selepas kelahiran, anak kambing mesti diberikan susu awal (ibunya) ataupun kolostrum. Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal ibu kambing yang dihasilkan di sepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi antibodi yang diperlukan bagi melingungi anak-anak kambing dari serangan penyakit. Selain daripada itu kolostrum mengandungi zat protein yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh anak-anak kambing untuk tumbesaran. Pada kebiasaannya, anak-anak kambing akan menghisap sendiri, sekiranya anak-anak kambing lemah atau tidak berbuat demikian, tindakan memerah dan menggunakan botol susu atau syringe perlu dilakukan bagi mempastikan anak-anak kambing diberi kolostrum secukupnya.

Selain daripada mempastikan anak-anak kambing mendapat kolostrum, talipusat anak-anak kambing yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya setengah inci dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan bertujuan mengelakkan menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di masa awal peringkat kelahiran dalam tempoh 4 hingga 6 minggu pertama, makanan yang secukupnya perlu disediakan secara potong angkut kepada ibu kambing. Ini membolehkan induk (ibu kambing) berkenaan berehat dan memulihkan diri untuk bersedia pada peringkat seterusnya. Sebaiknya selepas kelahiran, ibu-ibu kambing diberikan minuman berglukos bagi memberi tenaga tambahan akibat proses bunting dan kelahiran.

2. Peringkat cerai susu

Cerai susu adalah peringkat anak-anak kambing dipisahkan daripada ibunya. Namun demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika anak-anak kambing berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti rumput atau dedaun hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit. Selalunya pada usia ini anak-anak kambing sudah mulai belajar memamah dedaun hijau. Pada lingkungan usia selewat 4 bulan, anak-anak kambing sepatutnya sudah dipisahkan dari ibunya. Selalunya kelewatan melakukan cerai susu kepada anak-anak kambing menyebabkan prestasi kambing berkenaan seperti berat badan kambing dewasa, tempoh kematangan dan pembiakan akan terjejas. Anak-anak kambing jantan yang mencapai usia 9 bulan perlulah dipisahkan daripada anak-anak kambing betina. Ini adalah kerana umur ini adalah mula mencapai kematangan seksual atau mengawan dan berkebolehan untuk membiak.

3. Penjagaan kambing dewasa

Kambing-kambing dewasa dikandangkan mengikut jantinanya. Kambing jantan dan betina dicampurkan hanya apabila hendak dilakukan proses pembiakan. Nisbah kambing jantan berbanding kambing betina adalah 1 ekor jantan untuk 20 - 25 ekor kambing betina. Pada ketika tidak dibiakkan, kambing jantan perlu diasingkan ke dalam kandang individual dan tidak dicampurkan dengan kambing jantan yang lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan pemangsaan akibat dominasi kambing jantan yang lain.

Salah satu proses yang penting di dalam penternakan kambing ialah proses pemilihan untuk tujuan baka. Proses ini adalah bertujuan menentukan ternakan yang berprestasi tinggi sentiasa berada di dalam ladang. Kambing-kambing yang gagal menunjukkan prestasi yang baik selalunya dikeluarkan dari ladang ternakan dan dijual sama ada sebagai ternakan hidup atau disembelih untuk daging.

Pemilihan dilakukan berdasarkan kepada pemerhatian dan pengamatan terhadap ternakan dan dibantu oleh data-data yang telah direkodkan seperti berat lahir, berat cerai susu, kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang singkat, sentiasa beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa singkat.

4. Pemasaran

Secara amnya, permintaan terhadap daging kambing adalah bermusim dan ini dapat dilihat menigkat terutamanya ketika perayaan-perayaan seperti Hari Raya dan Deepavali. Hasilnya pada ketika musim-musim perayaan, berlakunya kekurangan daging kambing dalam pasaran negara dan ini menyebabkan fenomena penigkatan sementara pengimportan kambing hidup untuk tujuan penyembelihan dan daging kambing sebagai makanan. Selain daripada musim perayaan, permintaan terhadap daging kambing tetap ada walaupun harga borong daging kambing agak mahal iaitu di antara RM15 - RM24 sekilo. Penggunaan perkapita daging kambing di Malaysia masih berada di tahap rendah iaitu 0.8 - 0.9 kg. Ini berkemungkinan didorong oleh persepsi orang ramai tentang kaitan di antara pemakanan daging kambing dan kesihatan. Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh USDA mendapati daging kambing kurang daripada segi kandungan kolestrol dan lain-lain parameter yang dipercayai boleh menyumbang kepada masalah kesihatan.

Cuba lihat statistik di bawah yang bersumberkan daripada Pangkalan Data Nutrient USDA pada 14 Julai 2001, perbandingan haiwan-haiwan ternakan lain.
Kambing, Ayam, Lembu, Bebiri dan Khinzir

a. kalori 122 162 179 175 180
b. lemak (g) 2.6 6.3 7.9 8.1 8.2
c. lemak tepu (g) 0.79 1.70 3.0 2.90 2.90
d. protein (g) 23 25 25 25 24
e. kolestrol (g) 63.8 76.0 73.1 78.2 73.1

Daging kambing mendapat permintaan oleh pasaran melalui pasaraya-pasaraya besar atau hypermarket seperti TESCO, JUSCO, CAREFOUR dan GIANT. Selain daripada itu boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan hotel dan restoran. Cabaran utama di dalam industri ini ialah berkemampuan untuk membekalkan di dalam kuantiti yang besar dan berterusan. Namun melalui minat dan kesungguhan, usaha dan sabar serta menyusun atur strategi yang bersesuaian, pasti mampu mengatasi cabaran seterusnya bagi memberi hasil dan pulangan yang lumayan.

Ahad, November 14, 2010

Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing Menurut Kajian Ilmiah


Assalammualaikum dan selamat tengahari para pembaca yang budiman. Topik penulis pada kali ini adalah kelebihan dan keistimewaan susu kambing.

Sebut sahaja susu kambing, ramai yang fobia dengannya kerana bau yang hamis dan persepsi negatif yang mengatakan susu kambing panas dan boleh menyebabkan darah tinggi! Kebiasaannya masyarakat lebih sinonim dengan susu lembu sedangkan dari sudut kajian ilmiah susu kambing lebih khasiat dan tinggi manfaatnya berbanding dengan susu lembu. Kenapa? Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor negatif yang menyebabkan susu kambing di pandang sepi oleh kita.

Kajian yang dijalankan oleh pasukan kajian ilmiah dibawah pengawasan Dr.Javier Diaz Castro, Jabatan Fisiologi , University Granada mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita jika dibandingkan dengan susu lembu. Antara lainnya ialah menolong mencegah ferrponic anaemia (kekurangan zat besi), tulang rapuh dan mengcergaskan minda anak2.

Cuba kita perhatikan beberapa fakta, antaranya ialah susu kambing lebih mudah untuk dihadamkan semasa proses penghadaman berbanding susu-susu jenis lain (melainkan susu ibu) kerana molekulnya yang lebih kecil! Manakalah tanggapan masyarakat yang mengatakan susu kambing penyebab darah tinggi kerana sifatnya yang panas adalah TIDAK BENAR sama sekali! Fakta kajian mengatakan bahawa susu kambing sebenarnya berfungsi sebagai penstabil tekanan darah, jantung dan sebagainya. Ini adalah fakta bukan auta!

Penelitian yang dilakukan di Jabatan Fisiologi dari Universiti Granada (Universidad de Granada telah mendedahkan bahawa kambing susu memiliki sifat lebih menguntungkan bagi kesihatan berbanding susu lembu. Hanya dua sifat ini adalah, yang membantu mencegah anemia ferropenic (defisiensi besi) dan yang membantu untuk mengelakkan demineralisasi tulang (pelunakan tulang).

Projek ini, dilakukan oleh Doktor Javier Diaz Castro dan diarahkan oleh para profesor Margarita Sanchez Campos, M ª Inmaculada López Aliaga dan M ª José Muñoz Alférez, menumpukan pada perbandingan antara sifat gizi 'susu dan lembu' kambing susu, baik dengan kandungan kalsium biasa dan diperkaya kalsium, terhadap bioavailabilitas zat besi, fosforus kalsium, dan magnesium. Untuk melakukan kajian ini, teknik keseimbangan metabolik telah digunakan baik pada tikus dengan eksperimen diinduksi anemia ferropenic gizi dan kumpulan kawalan tikus.

Untuk mengetahui bagaimana penggunaan nutrisi mineral-mineral ini boleh menjejaskan pengedaran dan tujuan metabolik, para penyelidik UGR telah menetapkan konsentrasi mineral-mineral di organ-organ berbeza yang terlibat dalam tatacara homeostatik mereka dan parameter hematologi yang berbeza dalam kaitannya dengan metabolisme mineral.

Keputusan yang diperolehi dalam kajian ini menunjukkan bahawa anemia ferropenic dan demineralisasi tulang yang disebabkan oleh patologi ini mempunyai pemulihan yang lebih baik dengan susu kambing. Kerana bioavailabilitas lebih tinggi daripada besi, fosforus kalsium, dan magnesium, pemulihan parameter hematologis diubah dan tahap yang lebih baik dari hormon paratiroid (PTH), hormon yang mengatur keseimbangan kalsium dalam organisma ditemui di dalam tikus yang mengkonsumsi makanan ini .

Dr Javier Diaz Castro menunjukkan bahawa kemasukan susu kambing dengan kandungan kalsium normal atau dua kali dalam diet "nikmat pemanfaatan pencernaan dan metabolisme zat besi, kalsium dan fosforus dan deposit mereka di organ target - sebahagian daripada organisma yang mineral-mineral ini lebih disukai dihantar - terlibat dalam tatacara homeostatik mereka ".

Menurut penyelidik ini, semua kesimpulan ini mendedahkan bahawa pengambilan rutin susu kambing - makanan alami dengan ciri-ciri nutrisi yang sangat menguntungkan - "mempunyai kesan positif pada metabolisme mineral, pemulihan dari anemia ferropenic dan mineralisasi tulang pada tikus Selain itu, dan tidak seperti. pemerhatian dalam susu lembu, pengayaan kalsium yang tidak mengganggu dalam ketersediaan hayati mineral dipelajari ".

Meskipun tidak ada keraguan bahawa penemuan ini mungkin merupakan asas untuk lebih lanjut dalam kajian mendalam tentang manfaat kesihatan ganda dari susu kambing, yang penyelidik memberi amaran bahawa "kajian yang dijalankan pada manusia masih diperlukan untuk mengesahkan penemuan yang diperolehi pada tikus dan untuk mempromosikan pengambilan susu kambing baik di penduduk awam dan penduduk yang terkena anemia ferropenic gizi dan patologi berkaitan dengan demineralisasi tulang ".

Dibandingkan dengan susu lembu,ia mempunyai:-13% lebih kalsium, 25% lebih vitamin B-6, 27% lebih antioksida selenium, 47% lebih vitamin A, 1.34% lebih potassium, 3.5% lebih niacin. Susu lembu bersifat ASIDIK manakala susu kambing bersifat ALKALI.

NIACIN adalah nama lain bagi Vitamin B3, yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sehat. Niacin adalah penting dalam proses penghasilan tenaga daripada gula(blood sugar) dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf, dalam metabolisma kabohidrat, lemak dan protien dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal serta sintesis horman pembiakan manusia. Niacin juga merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia juga membantu di dalam penyakit mental saperti schizophrenia.

Kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan keletihan, lemah badan, kulit merekah, bengkak mulut dan lidah, cirit birit, ganguan mental, sakit kepala dan rendah gula dalam darah.

Di antara fakta lain lagi: Susu kambing juga mengandungi kandungan GIZI lengkap dan amat baik untuk kesihatan kerana ia TIDAK mengandungi BETA-LACTOGLOBULIN iaitu faktor penyebab kepada penyakit-penyakit seperti ATHMA, masalah penafasan, radang telinga, infeksi kulit, gangguan saluran pencernaan. Susu kambing juga mempunyai tindak balas ALKALI yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah ASID terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan ASID HIDROKLORIK perut dan melindungi MEMBRAN MUKUS di permukaan lapisan perut dari rosak.

Kelebihan Susu Kambing :
 Susu terbaik selepas susu Ibu
 Tidak menyebabkan alahan
 Kuatkan Sistem Imunisasi
 Bersifat Alkali
 Tingkatkan daya kepekaan
 Tumpuan dan Ingatan
 Lancarkan sistem penghadaman dan usus
 Membantu mengubati Kanser
 Demam kuning, Gastrik, Ulser
 Asma, penyakit kulit, sukar tidur
 Membantu merawat senggugut
 Darah tinggi dan lemah jantung
 Kencing manis, batuk kering, Gout
 Mengimbangi Gula dalam darah kolestrol
 Menguatkan Jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, kulit & tisu saraf)
 Tidak sebabkan kahak
 Memulihkan tenaga batin
 Awet muda

Kajian terbaru pada susu kambing ini, menunjukkan ia lebih bermanfaat bagi kesihatan berbanding susu lembu.

Artikel yang dinukilkan adalah diambil dari www.medicalnewstoday.com/articles/78275.php dan www.labu2008.com

Khamis, November 11, 2010

SEJARAH SUSU KAMBING

Susu kambing adalah minuman yang tidak kalah khasiatnya dibandingkan dengan susu lembu. Bahkan keluhan-keluhan mengenai kesihatan tubuh badan yang sering didengar akibat minum susu lembu tidak pernah ditemui beritanya pada orang-orang yang mengkonsumsi susu kambing.

Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna-pengguna yang mempunyai alahan atau alergi terhadap penggunaan susu lembu. Boleh jadi itulah hikmahnya mengapa dalam riwayat-riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya kita temui kisah mereka minum susu kambing, dan bukan susu lembu! Namun, manfaat susu kambing sayangnya oleh kebanyakan Muslim termasuk bangsa Melayu Nusantara yang merupakan penduduk Islam terbanyak di dunia sebelah Timur tahap kesedaran masih rendah.

Sebagaimana di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, di Malaysia pun susu lembu dalam berbagai produk lebih mudah dijumpai di pasaran dibandingkan dengan susu kambing. Bagaimana ini boleh terjadi? Apakah peranan kita sebagai umat Muhammad s.a.w bagi menebarkan maklumat serta mempromosikannya? Berhijrahlah kita sebagai ummat pilihan ke arah penggunaan minuman kesihatan berdasarkan susu kambing. TENTUNYA SUSU KAMBING SHAMI YANG ASLI DAN SEGAR!!! Penulis mengajak seluruh umat Islam agar khususnya di Nusantara agar kembali kepada sunnah para Nabi dan Rasul yang mengamalkan produk susu berasaskan susu biologi kambing.

Nabi Adam a.s bersama anak-anaknya Habil dan Qabil bagi keperluan hidup telah menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia. Begitu juga kepada Rasul-Rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim a.s yang merupakan penternak agong, di mana diriwayatkan bahawa ternakan kambingnya mencecah ribuan ekor. Nabi Isa a.s yang berketurunan Bani Israel juga menternak dan mengamalkan meminum susu kambing dan Bani Israel yang umum mengetahui adalah satu bangsa yang cerdik masih mengamalkan meminum susu kambing sehingga ke hari ini. Menurut riwayat Rasulullah s.a.w juga meminum susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing, kisah yang diambil dari Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja. Di dalam peristiwa agong, Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibril a.s iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda s.a.w memilih untuk meminum susu kambing, ini menunjukkan ia adalah minuman terbaik di dunia selepas susu ibu.

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik, di mana khasitnya memang tidak dapat dinafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman serta pemulihan dari susu kambing yang luar biasa itu. Tokoh-tokoh seperti Ratu Mesir Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan harinya dengan segelas susu kambing segar dan diikuti dengan segelas sebelum tidur. Begitu juga puteri-puteri Maharaja China 2500 tahun yang lampau mengamalkan minuman kesihatan susu kambing dan mereka berendam di dalamnya. Masyarakat India serta penganut Hindu juga mengamal minuman kesihatan susu kambing bagi tujuan meningkatkan daya ingatan, ketahanan tubuh badan dan amalan perubatan.

Sekarang ini telah banyak produk berasaskan susu kambing dan ladang ternakan susu kambing di seluruh Malaysia, hanya produk ini belum begitu meluas di pasaran. Namun jangan berputus asa, peranan internet banyak membantu di dalam pencarian saudara-saudari.

dipetik dari tulisan Dr Indah Kristani dalam blog alhikmah.com
video